FIRST STEP D ADVENTURE


KEM LEMBAH GENTING

"BACK TO BASIC AND ADVENTURE LEARNING"

 KEM LEMBAH GENTING adalah satu pilihan yang ideal bagi anda yang mahu membuat program Family Days , Perkhemahan Unit Beruniform , Perkhemahan kelab IPTA / IPTS dan Team Building.Perjalanannya yang mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur  dan 25 minit dari Genting Highland sudah pasti menjanjikan kepuasan kepada anda yang mahu menikmati keindahan Floura dan Fauna diHulu Selangor ini.

Bertempat di Batang Kali  Selangor , kami menyediakan Perkhidmatan Kem Dan Chalet dimana pengunjung boleh merasai sendiri suasana  ketika berada disebuah perkampungan serta menikmati udara yang segar dan mandi di Air sungai yang jernih dan  bersih sambil mendengar bunyi ungas-ungas dan kicauan burung di pagi hari.

Bagi sekolah / IPTA / IPTS / koprat yang mahu membuat aktiviti perkhemahan , kami juga menyediakan kemudahan perkhemahan seperti tapak perkhemahan dan dormitry kepada peserta berserta dewan terbuka / tertutup yang lengkap dengan kemudahan P.A Sistem .

Untuk mengisi masa peserta mahupun pengujung yang berada di kem , kami juga menyediakan pelbagai aktiviti - aktiviti rekreasi yang menarik kepada pengunjung mahupun perserta kursus contohnya JUNGLE TREKKING , SURVAIVAL COOK , FLYING FOX dan lain - lain yang pastinya menjadikan pembelajaran dan permainanan ini suatu pengalaman yang berharga kepada peserta dan pengunjung di kem kami..

Setiap aktiviti yang disediakan oleh pihak kem ini juga dijamin keselamatannya. Kami turut menyediakan barisan jurulatih - jurulatih serta kru yang mesra, terlatih dan berpengalaman bagi membantu dan mengawasi keselamatan setiap pelanggan kami.


 

Make a Free Website with Yola.